Kategori | : | Umum |
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) turut membuka Bilik Gerakan MAIDAM bagi menyelaras dan membantu usaha membawa pelajar dan rakyat Terengganu dari Mesir. Penubuhan Bilik Gerakan ini adalah sebagai sokongan arahan YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu supaya dibuka sekretariat khas membantu pelajar/rakyat Terengganu yang terkandas ekoran pergolakan di Mesir, di samping Bilik Gerakan Kerajaan Negeri di pejabat Yayasan Terengganu. Bilik Gerakan ini berfungsi sebagai pusat maklumat kepada keluarga pelajar tajaan MAIDAM dan rakyat Terengganu yang terkandas yang akan dibantu mengikut Asnaf Zakat Ibnu Sabil. Sila hubungi :- Bilik Gerakan MAIDAM Talian terus 09-6303080
09-6224559
http://mesir.terengganu.gov.my/
Bilik Gerakan Mesir 2010 - 5005338 2010 - 1101004 2010 - 8714264 2010 - 5382715
Bilik Operasi, Kompleks Tabung Haji Madinatul Hujaj, Jeddah
| ||
Lampiran | : | Tiada rekod |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013