Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Sukan

ANUAR BELUM PUAS
Kategori:Sukan
 

29.1.2011- MESKIPUN berjaya merampas Jersi Biru untuk bergelar Raja Pecut daripada Andrea Guardini, pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Anuar Manan tetap tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicatatnya pada saingan peringkat keenam Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011, semalam.

Pada perlumbaan dari Rawang

ke Putrajaya sejauh 106.7 kilometer semalam, Anuar berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Guardini dari pasukan Farnese Vini-Neri Sotttoli.

Begitupun, kejayaan mengutip lima mata di zon pecut pertama di Ulu Klang, Kuala Lumpur membolehkan Raja Pecut 2010 ini merampas Jersi Biru yang disarung pelumba Itali itu sejak dari peringkat pertama lagi.

“Strategi kami (TSG) hari ini (semalam) separuh berjaya,” kata Anuar.

“Kami meletakkan sasaran untuk menjadi pemenang peringkat dan memenangi Jersi Biru. Tetapi kami hanya memenangi satu daripada dua sasaran itu. Sudah tentu saya tidak gembira dengan keputusan itu.

“Perlumbaan hari ini sangat laju dan persaingan terutamanya daripada barisan pelumba pecut sangat sengit. Nasib baik rakan sepasukan saya memainkan peranan mereka dengan baik.

“Mereka bekerja keras untuk membantu saya mengutip mata di zon pecut pertama dan pada masa yang sama, mereka juga menghalang Guardini daripada menambah kutipan mata di dua zon pecut seterusnya."

Menurut Anuar, kegagalan untuk menjadi juara peringkat, sekali gus mengulangi pencapai tahun lalu nyata memberi sedikit tekanan untuk dia menghadapi baki empat peringkat pada LTdL 2011 ini.

Dalam pada itu, Anuar mengakui dia bakal berdepan tugas berat pada perlumbaan esok (hari ini) terutamanya bagi memastikan Jersi Biru itu tidak terlepas ke tangan pencabarnya.

Selepas melalui enam peringkat perlumbaan, Anuar berjaya mengumpul 70 mata, hanya satu mata di depan Guardini manakala Boris Shpilevcky (Tabriz Profesional Cycling Team) dan Kenny Van Hummel (Skil Shimano Cycling Team) masing-masing ditempat ketiga dan keempat selepas berkongsi 35 mata.

Sementara itu, jurulatih TSG, Syed Husaini Syed Mazlan berkata, mereka akan merangka strategi baru malam ini (malam tadi) dalam usaha memastikan Anuar mempertahankan Jersi Biru.

“Kami akan mengadakan perbincangan malam ini. Ia penting bagi memastikan Anuar dan rakan sepasukan lain berjaya mencapai sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya satu daripada empat baki perlumbaan tahun ini.

“Setakat ini, saya cukup berpuas hati dengan kerja keras yang ditunjukkan para pelumba. Segala-galanya mengikut perancangan."

SUMBER

KOSMO ( 29.1.2011 )

Lampiran:
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169