Kategori | : | Sukan |
30.1.2011- HASRAT pelumba sensasi negara, Anuar Manan untuk mengekalkan Jersi Biru (Raja Pecut) tidak kesampaian apabila ia dirampas semula oleh pelumba pasukan Farnese Vini-Neri Sottoli, Andrea Guardini dari Itali selepas berakhir peringkat ketujuh dari Banting ke Tampin, semalam. Guardini lebih bergembira apabila dia memenangi peringkat sejauh 149.5 kilometer itu, peringkat keempat yang dimenanginya pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini, sesudah melepasi garisan penamat dengan masa tiga jam 24 minit dan 57 saat.
Bagaimanapun, pelumba Le Tua Cycling Team (L2A), Libardo Nino Corredor dari Colombia masih kekal mengungguli Jersi Kuning sebagai pendahulu keseluruhan jelajah yang akan berakhir Selasa ini.
SUMBER HARIAN METRO ( 30.1.2011 ) | ||
Lampiran | : | Tiada rekod |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013