Kategori | : | KATA ALUAN |
SUMBER : http://www.bernama.com Kerajaan negeri Terengganu akan menaikkan elaun 2,194 imam dan bilal masjid kampung di seluruh negeri itu, yang melibatkan perbelanjaan lebih RM8.7 juta setahun. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pada masa ini, kadar elaun imam dan bilal tidak selaras serta dibayar mengikut kategori masing-masing, iaitu skim A RM650, skim B RM625 dan skim C RM600 bagi imam, manakala bagi bilal, skim A RM450, skim B RM425 dan skim C RM400. "Sekarang ini kita buat satu kategori sahaja, iaitu elaun imam RM800 dan bilal RM600," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini. Beliau berkata elaun baru itu akan dibayar mulai Januari tahun ini. Ahmad berharap dengan penambahan elaun itu, imam dan bilal akan memberi perkhidmatan terbaik bagi mengimarahkan masjid masing-masing. Katanya, kerajaan negeri sentiasa memberi peluang dan ruang bagi meningkatkan syiar Islam seperti membina masjid baru yang lengkap dengan rumah bilal, tempat kelas tambahan, bilik jenazah serta kemudahan lain. -- BERNAMA | ||
Lampiran | : | Tiada rekod |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013