Kategori | : | KESENIAN |
Pada 28 Disember 2010 yang lalu, Kakitangan Jabatan Akademi Seni Terengganu (ASENI) dan Briged Seni Negeri Terengganu telah membuat lawatan kerja ke Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) dan Istana Budaya di Kuala Lumpur. Seramai 50 orang kakitangan kedua-dua jabatan mengikuti lawatan tersebut dengan diketuai oleh Pengarah ASENI YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku Dato' A. Rahman. Lawatan tersebut adalah bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang Akademik bersama pihak ASWARA. selain itu lawatan tersebut juga adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kakitangan mengenai bidang tugas masing-masing berkenaan pengendalian sesebuah produksi Muzik dan Teater di Istana Budaya. Disamping itu semua kakitangan dijemput melawat belakang pentas, bilik-bilik persalinan, prop, kostium dan lain-lain. | ||
Lampiran | : | Tiada rekod |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013