Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Kompetetif, Inovatif, Kreatif

PUSAT MINDA MAMPU UBAH FIKIRAN MASYARAKAT
Kategori:Kompetetif, Inovatif, Kreatif
 

Kerajaan Negeri mengambil pendekatan menubuhkan Pusat Minda Terengganu (MindCet)bertujuan mengubah minda masyarakat supaya lebih berfikiran tinggi, terbuka dan kreatif.

Malah, pusat itu juga dijangka mampu menjadikan seseorang individu berfikiran kelas pertama dan seterusnya impian untuk melahirkan genarasi Ulul Albab akan terlaksana.

Sebagai pemangkin, kira-kira 12 sekolah rendah dengan jumlah 360 keahlian di seluruh Terengganu menyahut seruan Kerajaan Negeri bagi menubuhkan Kelab Ulul Albab di sekolah masing-masing.

Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, kekuatan minda, akal fikiran pada umumnya tidak dilihat penting oleh masyarakat sekeliling. Ini kerana mereka lebih menganggap kekuatan minda itu hanya kepada kemampuan menghafal.

Katanya, dalam konteks pendidikan, kejayaan dalam peperiksaan dikatakan banyak bergantung kepada kemampuan seseorang pelajar menghafal fakta. Lebih banyak yang dihafal, lebih besar peluang untuk cemerlang dalam peperiksaan.

“Namun ramai yang tidak sedar bahawa keupayaan menghafal hanyalah satu keupayaan kecil dalam kelompok keupayaan lain yang boleh dilakukan otak manusia. Otak kita ibarat sebuah komputer berkuasa tinggi yang mana di dalamnya terdapat berbilion-bilion sel yang mampu menghasilkan jutaan tugasan.

“Sebagai contoh, industri kreatif dan animasi memerlukan keupayaan kreativiti dalam menghasilkan karya. Ditambah dengan keupayaan menguasai emosi, seseorang itu boleh menjadi hebat dalam bidang yang diceburinya,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Pesta Minda Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, hari ini (19 Januari).

Kira-kira 30 ribu pengunjung terdiri pelbagai lapisan masyarakat dijangka hadir bagi melihat secara dekat program yang berlangsung selama empat hari dan berakhir 21 Januari ini.

Pesta Minda adalah projek pertama yang dipertanggungjawabkan kepada PMT sejak beroperasi awal Disember tahun lalu. Ia dianjurkan untuk pelbagai lapisan masyarakat menyedari tentang minda, potensi dan kekuatannya.

Dato’ Seri Idris berkata, sebab itulah pada hari ini, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menganjur Pesta Minda. Kita berpendapat bahawa untuk menjadi hebat, minda haruslah hebat.

“Dalam konteks pembangunan, tiada gunanya infrastruktur bertaraf dunia dan kelas pertama sekiranya mentaliti masyarakat masih di takuk lama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PMT, Dato’ Saidi Mohamed berkata, Pesta Minda yang dianjurkan di PMT adalah program pertama seumpamanya di Malaysia yang jelas dapat merangsang minda seseorang individu untuk menjadi yang terbaik dan terhebat.

“Selain itu, ia juga dijangka dapat menjadi wadah untuk kita menerokai keseluruhan aspek yang perlu kita ketahui mengenai minda.

“Dalam program ini, ia merangkumi tiga komponen utama. Pertama, pameran mengenai proses dan pencapaian minda ke arah penjanaan generasi Ulul Albab. Kedua, pameran mengenai kekuatan, keajaiban dan pengaruh minda dalam kehidupan manusia. Ketiga, seminar yang mengandungi pembentangan kertas dan demonstrasi berkaitan minda,” katanya.

Uni Komunikasi Negeri
Lampiran:
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169