Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > KESENIAN

GAMELAN TERENGGANU
Kategori:KESENIAN
 

Gamelan berasal dari bahasa Jawa “Gamel” bererti sejenis alat penukul. Sementara “bergamel” pula bererti memainkan alat muzik secara memukul, menabuh atau memalu. Gamelan  adalah sejenis ensembel yang terdiri dari bonang, gambang, gong, kenong, gendang, saron barun dan sarun pekin. Gamelan Terengganu berkembang melalui perkahwinan diantara Tengku Sulaiman (Al-Marhum) dengan Tengku Mariam (anakanda Sultan Pahang yang berlaku pada 1881- 1942).kedua-duanya telah menubuhkan kumpulan penari dan pemuzik gamelan sendiri. Pada mulanya gamelan hanya diperkenalkan dalam bentuk muzik sahaja dan dikenali sebagai keromong.  

Di zaman pemerintahan baginda (Sultan Sulaiman) tarian gamelan hanya dipersembahkan di istana untuk perayaan yang tertentu dan juga penari dan pemuziknya adalah terdiri daripada orang-orang yang dilatih khas dikawasan istana.

Biasanya dalam setiap kumpulan penari gamelan terdapat empat atau lapan orang penari (wanita). Pakaian penari dihiasi dengan sehelai kain yang dinamakan saboh. Hiasan dikepala pula berbentuk mahkota yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu “Gandek” “Gerak Gempa” dan “Tajuk Asoka”.

Antara Tarian yang popular adalah Tarian Timang Burung, Ayak-ayak, Topeng dan lain-lain lagi.

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169