Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > ARTIKEL

PERUNTUKAN RM 33.5 JUTA TINGKAT KEBERSIHAN
Kategori:ARTIKEL
 

DATO' MAZLAN NGAH


Oleh : ESAH BINTI ABDULLAH

 

Kerajaan negeri memperuntukkan RM33.5 juta  dalam usaha meningkatkan kebersihan dan keceriaan termasuk menganjurkan  pertandingan kebersihan negeri dan dalam kawasan Majlis Bandaraya, pengindahan landskap dan bantuan pengurusan kebersihan.

Setiausaha Kerajaan, DatoMazlan Ngah berkata, selain merencana dan memantapkan program kebersihan, pemantauan  pelaksanaan program perlu dilakukan yang membabitkan dimensi berbeza mengikut keperluan.

Kecintaan terhadap kebersihan harus menjadi budaya kalangan kita dan perlu bermula dari peringkat pelajar sekolah rendah agar ia menjadi satu amalan berterusan apabila meningkat dewasa,” katanya di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan Sekolah-sekolah Negeri Terengganu 2010 di Wisma Darul Iman hari ini (8 November).

Hadir sama, Penolong Setiausaha Kerajaan, (Pentadbiran dan Operasi) Kerajaan Tempatan, Encik Fairul Hisham Mat dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Haji Razali Daud.

Katanya, bagi memastikan kesan positif berpanjangan, agenda kecemerlangan kebersihan mestilah diperkemaskan dengan merancang aktiviti membabitkan masyarakat sekitar sekolah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan belia dan agensi berkaitan.

Dengan cara itu,  bukan hanya sekolah dan kampung kelihatan bersih, malah hubungan masyarakat juga menjadi lebih erat dan harmoni,” katanya.

DatoMazlan kemudianya meminta  pihak sekolah dapat memain peranan yang aktif bagi memastikankonsep kebersihan sebenar tercapai dan Terengganu menjadi negeri bersih bukan saja dalam negara malah dirantau  Asia

Selain aktiviti pertandinagn kebersihan peringkat sekolah, kerajaan negeri turut menganjurkannya diperingkat kampung, Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika), premis makanan dan juga tanah perkuburan Islam.

“Terengganu tidak akan memperlihatkan kemajuan dan kejayaan sekiranya tidak mendapat sokongan dan penyertaan rakyat di peringkat akar umbi dan untuk menawan hati pelancong aspek kebersihan perlu diutamakan,”katanya.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Kuala Terengganu muncul johan Pertandingan Kebersihan Kawasan Sekolah, kategori sekolah menengah, naib johan  SMK  Mak Lagam, Kemaman dan ketiga SMK Lembah Bidong, Setiu.

Manakala johan kategori sekolah rendah dimenangi Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mahmud, Besut, naib johan.  SK Seri Budiman, Kuala Terengganu dan ketiga SK Bukit Wan, Kuala Terengganu.

Johan mendapat hadiah wang tunai RM5,000, sijil dan plak, naib johan RM3,000 dan tempat ketiga RM2,000. DatoMazlan telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang.

Unit Komunikasi Negeri.

 

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169