Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Siaran Akhbar

KELISA HIJAU KENYIR
Kategori:Siaran Akhbar
 

TASIK KENYIR: Pengalaman manis menewaskan ikan kelisa hijau (Sclerophages formosus) waktu Magrib di Sungai Cacing baru-baru ini membuatkan Team Lampam dari Kuala Lumpur nekad turun semula ke tasik itu selepas Aidilfitri ini.

Tangkapan kelisa seberat 2 kilogram (kg) oleh Acab menaikkan semangat empat sekawan iaitu Atiq, Afiq, Syidi dan Asma untuk melengkapkan ‘lesen’ yang jarang diperoleh masa ini.

Menceritakan pengalaman itu kepada JORAN, pertama kali yang diatur Abang Sharil sebenarnya mahu menduga toman dan sebarau yang banyak mendiami tasik seluas Singapura itu.

 

Perjalanan seawal jam 7 pagi ke Sungai Cacing menggunakan rumah bot Kembara Kenyir mengambil masa hampir satu jam yang dipandu tekong Abang Siam. Dekat situ, toman banyak mendiami kawasan ini selain belida, baung, kelah dan kaloi.



Bot berlabuh di tepi lubuk sungai itu yang terdapat tunggul pokok balak.


Tekong memberitahu lubuk itu dihuni toman bersaiz XL dan pemancing yang datang ke sini kerap menaikkan spesies itu.



Seperti biasa, Atiq, Afiq dan Syidi selaku kaki mengilat bergegas membuat balingan ke kawasan tunggu selepas beberapa ekor toman kelihatan timbul menyedut udara.


Balingan demi baling tiga sekawan itu membuahkan hasil apabila joran Atiq disergap toman berhampiran kayu tunggul reput separa tenggelam. Perlawanan singkat itu berjaya mendaratkan ikan toman remaja berskala sekilogram dengan menampakkan belang merah kehitaman di badannya.



Afiq yang membuat balingan di tempat sama tidak menunggu masa lama apabila toman hampir 2 kg sudi menyambar gewang Cultiva Tango warna oren.



Aktiviti memancing dihentikan jam 4 petangnya untuk sesi makan selepas tekong yang memancing lampam menggunakan perut ayam menggorengnya garing dan selebihnya dimasak asam pedas. Ia bersambung jam 7 petang dengan Atiq, Afiq dan Syidi menggunakan teknik memancing dasar bagi menjerat baung yang biasanya makan waktu senja dan malam.



Teknik itu menjadi apabila lima baung didaratkan tidak sampai sejam dengan menggunakan umpan tapa yang terkenal busuknya. Acab yang tidak puas mengilat sejak pagi tanpa menaikkan sebarang tangkapan, meneruskan kaedah itu. Beliau menggunakan umpan tiruan Storm-Chugbug warna putih seakan anak lampan yang banyak mendiami tasik itu.



Balingan beliau ke arah tunggul dan kemudian dihenjut pelahan untuk menampakkan ikan cedera di atas permukaan air.



Tiba-tiba satu sambaran mengejut diterima berhampiran tepi bot. Keadaan itu memaksa beliau mengarau joran Abu Garcia Hornet Stinger dengan kekili berprofil rendah Abu Garcia Skeet Reese sehingga melengkung ‘U’.



Selepas pertarungan hampir lima minit, spesies berkilat melompat atas air dan menampakkan sisik dorsal yang panjang. Mangsa terus membawa lari tali berkekuatan 20 paun ke reba dan akhirnya kelisa hijau berskala 2 kg dinaikkan.



Sorakan kegembiraan menggamatkan suasana di Sungai Cacing dengan tangkapan istimewa ini yang sekali gus mencipta rekod peribadi kelisa hijau milik Acab.

Lampiran:
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169