Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Artikel

SUK TERENGGANU MENDAPAT 4 BINTANG
Kategori:Artikel
 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu telah berjaya memperolehi taraf empat bintang dalam sistem “Five star rating” yang diperkenalkan oleh kerajaan di peringkat negara.

 

Kejayaan itu diharapkan dapat memberi semangat kepada pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam di negeri ini untuk menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi.


SUK Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah memberitahu demikian dalam perhimpunan bulanan kakitangan perkhidmatan awam bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (10 Mei).


Perhimpunan ini adalah yang pertama dihadiri beliau selaku SUK  Terengganu setelah dilantik sepenuhnya ke jawatan itu berkuatkuasa 15 April lalu, sebelumnya beliau memangku jawatan tersebut.

Beliau berkata, sehingga ini tiada lagi negeri yang mencapai tahap ‘five star’ kerana untuk mencapai ke tahap itu penglibatan di peringkat antarabangsa diambil kira, termasuk pembentangan kertas kerja dan seumpamanya di peringkat dunia.

 

Dalam amanat khas yang disampaikan, Dato’ Haji Mazlan mengingatkan kakitangan awam supaya mengutamakan khidmat awam mengatasi kepentingan diri supaya dengan itu dapat berlaku adil dan amanah.

 

“Sekiranya kepentingan diri mengatasi kepentingan awam dalam perkhidmatan, sudah tentu kita tidak berlaku adil dan gagal menjalankan tugas dengan amanah,” katanya.

Menurut beliau di peringkat negara Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak telah menyarankan empat gagasan utama yang perlu menjadi fokus kakitangan awam iaitu:

 

• Program Tranformasi Kerajaan

• 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
• Model Baru Ekonomi
• Rancangan Malaysia Ke 10

 

Pada majlis yang dihadiri oleh semua peringkat pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam di pusat pentadbiran negeri iaitu Wisma Darul Iman, Dato’ Haji Mazlan juga meminta kakitangan perkhidmatan awam peringkat negeri menghayati konsep  Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu (MPPNT) yang dicetuskan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.

 

Beliau memberitahu dua buah buku berkaitan MPPNT dijangka akan dilancarkan pada 25 Mei depan  sebagai panduan kepada kakitangan perkhidmatan awam dan semua pihak dalam memahami, menghayati dan melaksanakan pendekatan tersebut.

Dalam menjayakan pendekatan MPPNT, beliau menyarankan pendekatan 3T iaitu ‘Tawakal, Tindak dan Tahu” iaitu bertawakal dalam melakukannya, mengambil tindakan yang bersegera dan mengambil tahu persekitaran serta cakna terhadap keperluan pelanggan.

 

Dato’ Haji Mazlan juga meminta penjawat awam membudayakan nilai-nilai pengurusan korporat iaitu kepantasan bertindak, cepat membuat keputusan, integriti dan nilai untuk wang.

 

“Berkhidmatlah dengan penuh kerjasama, muhibah, mesra, ikhlas dan bertanggungjawab bagi sama-sama mengubah pemikiran masyarakat serta berpegang teguh pada ajaran agama dengan sentiasa bermuhasabah diri,” tegasnya

Lampiran:Papar Fail Lampiran(PDF)
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169