Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > PENYELESAIAN TUNGGAKAN KERJA PEJABAT TANAH MARANG

PENYELESAIAN TUNGGAKAN KERJA PEJABAT TANAH MARANG
Kategori:PENYELESAIAN TUNGGAKAN KERJA PEJABAT TANAH MARANG
 

PENGENALAN


Pejabat Tanah Marang (PTM) merupakan salah satu agensi Kerajaan Negeri yang berurusan secara langsung dengan orang awam dalam melaksanakan fungsinya, yang memberi khidmat kepada orang awam.  Segala urusan perkhidmatan di Pejabat Tanah Marang akan dinilai, diukur dan dipantau dari segi kualiti prosedur, keberkesanan penyampaian dan peningkatan produktiviti.  Keupayaan organisasi Pejabat Tanah Marang akan dinilai melalui Benchmark (penanda aras) iaitu output yang dihasilkan diakhir proses kerja.  Setiap unit kerja di Pejabat Tanah Marang seperti Unit Pembangunan Tanah, Unit Pendaftaran, Unit Hasil dan sebagainya mempunyai sasaran kerja masing-masing seiring dengan misi serta visi organisasi yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, sekiranya sasaran kerja bagi setiap unit tidak dapat dicapai sebagaimana yang telah disasarkan dalam tempoh tertentu, akan menjadi tunggakan kerja untuk jangka masa seterusnya.  Pejabat Tanah Marang telah mengenalpasti dan memberi keutamaan bagi penyelesaian tunggakan kerja pada masa kini dan akan menentukan keupayaan setiap unit, sekaligus sebagai tahap benchmark prestasi organisasi Pejabat Tanah Marang.  Terdapat 3 tunggakan kerja di Pejabat Tanah Marang iaitu:-

  1. Tunggakan Permohonan Tanah
  2. Tunggakan Hakmilik Sambungan kepada Hakmilik Kekal (QT-FT)
  3. Tunggakan Cukai Tanah dan Pembayaran Akuan Amanah


Pejabat Tanah Marang telah mengenalpasti faktor dan punca tunggakan serta perancangan dan pelaksanaan langkah-langkah serta aktiviti penyelesaian tunggakan tersebut.  Oleh demikian, Pelan Perancangan Strategik 2007 hingga 2011 telah disediakan kerana Pejabat Tanah Marang telah mengenalpasi punca-punca dan faktor-faktor serta menggariskan beberapa langkah perancangan untuk menyelesaikan tunggakan kerja ini.  Langkah-langkah tersebut dapat dikenalpasti dan diringkaskan melalui teknik analisis SWOT Matrix.

Pelan Perancangan Strategik Penyelesaian Tunggakan Kerja Pejabat Tanah Marang ini menggunakan teknik analisis SWOT Matrix (Threats, Opportunities, weaknesses and Strengths) dimana gabungan antara 2 elemen daripada 4 elemen kesemuanya (Ancaman, Peluang, Kelemahan dan Kekuatan) disilangkan atau dihubungkait untuk menggambarkan dan menerangkan suatu analisis dengan lebih jelas dan punca-punca masalah pelaksanaan dapat dirungkaikan.



PERANCANGAN STRATEGIK PENYELESAIAN TUNGGAKAN PERMOHONAN TANAH PEJABAT TANAH MARANG


Bagi memenuhi aspirasi Kerajaan Negeri Terengganu yang inginkan setiap keluarga mempunyai tapak dan rumah sendiri, menyebabkan permohonan tanah secara pemberimilik kepada setiap individu yang layak boleh mengemukakan permohonan di Pejabat Tanah.

Jumlah tunggakan permohonan tanah bagi Pejabat Tanah Marang sehingga Disember 2007 adalah 749 permohonan, berdasarkan Laporan dan Penyata Kemajuan Kerja Bulanan.  Permohonan ini juga hanya meliputi syarat kegunaan tanah Pertanian dan Bangunan sahaja.  Memandangkan kadar penyelesaian tunggakan ini setiap tahun agak rendah, suatu kajian dan perancangan perlu dikenalpasti terhadap faktor-faktor yang menyebabkan permasalahan berkenaan supaya prestasi perkhidmatan Pejabat Tanah Marang dapat dipertingkatkan, khususnya Unit Pemberimilikan Pejabat Tanah Marang.

Dengan wujudnya Pelan Perancangan Strategik Pejabat Tanah Marang 2007-2011 ini, pelbagai penilaian dan perancangan dapat dibentuk secara terurus supaya setiap tindakan dan strategi dilaksanakan mengikut skala masa, sumber tenaga dan kos perbelanjaan yang telah ditetapkan.



PERANCANGAN STRATEGIK TUNGGAKAN HAKMILIK SEMENTARA KEPADA HAKMILIK KEKAL (QT-FT) PEJABAT TANAH MARANG


Terdapat 2 jenis hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Marang iaitu Hakmilik Sementara (QT) dan Hakmilik Kekal (FT).  Hakmilik Sementara merupakan hakmilik yang dibuat ukuran oleh Pejabat Tanah, dimana belum diukur halus oleh pihak JUPEM, tetapi diberi hak yang sama seperti dalam Seksyen 92 KTN seperti hakmilik kekal, tetapi hakmilik ini tidak boleh dibuat urusan pecah bahagian, pecah sempadan atau cantuman.


Pejabat Tanah Marang telah mengenalpasti beberapa faktor yang menyebab berlakunya tunggakan QT-FT iaitu:-

  1. Kekurangan kakitangan yang telah berpencen dan bertukar tidak diganti.
  2. Fail-fail asal yang tidak dapat dikesen/hilang, terutamanya selepas berlaku perpindahan mukim dari Kuala Terengganu ke Daerah Marang.
  3. Kekurangan peralatan seperti komputer, mesin cetak dan sebagainya.


Bagi mengatasi masalah ini, beberapa langkah telah diambil oleh Pejabat Tanah Marang iaitu:-

  1. Membuka fail-fail pendua bagi fail-fail yang tidak dapat dikesan/hilang.
  2. Mengguna sepenuhnya kakitangan Flying Squard (Petugas Khas) yang dihantar oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan.
  3. Mengadakan perbincangan dengan pihak JUPEM bagi pengeluaran Borang B1.
  4. Menambahkan peralatan seperti komputer, mesin cetak dan lain-lain.



PERANCANGAN STRATEGIK PENYELESAIAN TUNGGAKAN CUKAI TANAH PEJABAT TANAH MARANG


Tunggakan Cukai Tanah merupakan satu lagi tunggakan kerja yang dihadapi oleh semua Pejabat Tanah, tidak terkecuali Pejabat Tanah Marang (PTM). Jumlah tunggakan yang patut dipungut dan diselesaikan bagi tahun 2007 adalah RM 1,917,552.05, tetapi hanya 11.13% sahaja dapat dipungut tunggakan tersebut.. Penyelesaian tunggakan ini merupakan penanda aras pretasi kerja bahagian Unit Hasil.  Walau bagaimanapun peratusan kutipan tunggakan ini bagi tahun 2007 hanya 11.13% daripada jumlah tunggakan yang patut dipungut, namun usaha-usaha telah dilakukan bagi meningkatkan pungutan hasil yang tertunggak.

Pelbagai usaha untuk mengurangkan tunggakan seperti memastikan pemilik tanah membayar segala hasil tanah yang tertunggak apabila hendak membuat urusniaga ke atas tanah tersebut.  Pengesanan pemilik yang mempunyai tunggakan hasil tertinggi dilakukan secara bersepadu dengan kerjasama Penghulu dan Ketua Kampung serta pungutan hasil luar. Unit hasil juga telahpun membuat kutipan hasil di kampung-kampung yang terpencil.

Bagi penyelesaian penutupan akaun amanah PTM, seharusnya pemantauan dan pengawalan akaun dikaji semula dan ditambahbaikan dari segi prosedurnya, pengurusan maklumatnya dan sebagainya.  Akaun Amanah terdiri daripada 4 jenis akaun iaitu:-

  1. Akaun Amanah Am Pejabat (kod 79501)
  2. Akaun Amanah Ansuran Cukai Tanah (kod 79569)
  3. Akaun Amanah Premium Tanah Ansuran (kod 79570)
  4. Akaun Amanah Penguatkuasaan (kod 79581)

Semoga perancangan masa depan penyelesaian tunggakan ini melalui Pelan Perancangan Strategik Tunggakan Kerja PTM ini, mendatangkan peningkatan yang berkesan dan seterusnya mengurangkan kadar tunggakan ke tahap yang lebih membanggakan.




 

 

 

 

 

 

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169