Kategori | : | PERJUMPAAN TUAN PEGAWAI DAERAH DENGAN PENGERUSI & SETIUSAHA JKKK |
Perjumpaan Tuan Pegawai Daerah iaitu Tuan Haji Wan Nawawi Bin Haji Wan Ismail dengan Pengerusi JKKK & setiusaha JKKK Daerah Kuala Terengganu telah diadakan pada hari Rabu jam 2.30 petang di dewan rekreasi tingkat 4 Pejabat Daerah Kuala Terengganu. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh KPPD iaitu Encik Rozali Bin Salleh dan PPD iaitu Encik Nasran Bin Abd. Halim serta Penghulu-Penghulu Mukim. Dalam perjumpaan ini, Tuan Pegawai Daerah amat bersyukur dan berbesar hati dengan kehadiran kira-kira 600 orang JKKK & Setiausaha JKKK yang memenuhi segenap ruang dewan. Dalam amanat yang telah diberikan oleh Tuan Pegawai Daerah iaitu menasihati semua JKKK supaya memberikan komitmen sepenuhnya semasa menjalankan tugas dan menjaga setiap kepentingan penduduk kampung. Dalam pada itu juga, Beliau memberitahu supaya JKKK perlu menunaikan kewajipan dengan adil, jujur dan saksama dalam pelbagai aspek contohnya rumah PPRT, Pmbahagian Dana dan sebagainya. Di akhir pertemuan Tuan Pegawai Daerah bersama Pegawai-pegawai bersalam-salaman Pengerusi JKKK & Setiausaha JKKK yang telah hadir. | ||
Lampiran | : | Tiada rekod |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013