Kategori | : | ARTIKEL |
Kuala Terengganu – Keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sektor pertanian amnya dan pengeluaran makanan khususnya telah berjaya mencipta era baru bagi kegiatan ekonomi yang telah lama dipinggirkan. Menurut Pengarah Pertanian Negeri, Yusof Maidin, “Perancangan jangka panjang perlu dilakukan secara telus dan tersusun supaya apa yang diusahakan golongan petani mempunyai mutu serta kualiti pertanian yang dikehendaki kerajaan. Golongan petani pada masa kini perlu bersyukur dan haruslah menunjukkan komitmen berterusan bagi membantu kerajaan mengembangkan sektor berkenaan. Mereka akan terus dibela untuk sama-sama menikmati pembangunan yang dilaksanakan. Seterusnya, mencapai matlamat memodenkan aktiviti pertanian supaya tidak terus ketinggalan dalam proses pembangunan negara”. (Sumber) | ||
Lampiran | : |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013