Kategori | : | Sukan |
KUALA TERENGGANU - Persatuan Sepak Takraw Terengganu (PST) akan mengambil jurulatih dari Thailand untuk berkhidmat di negeri ini. Presidennya, Mohd Shapian Ali berkata, pihaknya telah mengenal pasti jurulatih terbabit. "Pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia yang berlangsung di sini, kami telah berunding dengan ketua jurulatih Thailand bagi mendapatkan khidmat jurulatih negara itu. Rundingan yang dibuat dipersetujui dengan melepaskan bekas pemain kebangsaan Thailand, Yaa Buntal berkhidmat di negeri ini," katanya ketika di hubungi Sinar Harian. Menurut Mohd Shapian, sempena Kejohanan Piala Raja Thai tidak lama lagi, beliau dengan kerjasama Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu akan menandatangani perjanjian antara jurulatih terbabit. "Berkemungkinan, selepas Aidilfitri nanti, Yaa buntal akan memulakan khidmatnya dan kami percaya, dia tidak mempunyai sebarang masalah melatih atlet sepak takraw negeri ini kerana gaji yang ditawarkan amat berpatutan". "sebenarnya, khidmat jurulatih dari Thailand amat diperlukan bagi melatih atlet Sukan Malaysia 2010 nanti, sekali gus membantu memantapkan lagi pasukan Terengganu," katanya. | ||
Lampiran | : | Tiada rekod |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013