Kategori | : | YPKT Dan Komuniti |
Kampung Peneh - Pandangan atau idea yang dicadangkan warga emas tidak boleh dipandang remeh kerana ia juga merupakan satu pendapat yang berkemungkinan boleh digunakan untuk tujuan tertentu. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) Peneh, Ahmad Ali ketika dihubungi Sinar Harian kelmarin. Belia berkata, lantaran itu golongan warga emas tidak harus dibiarkan terpinggir kerana mereka masih mempunyai kepentingan dalam masyarakat. "Walaupun majoriti golongan warga emas tidak mempunyai tahap pembelajaran yang tinggi, namun mereka sebenarnya kaya dengan pengalaman. "Golongan muda khususnya belia perlu mendekati golongan warga emas untuk menimba pengalaman berkenaan bagi dijadikan panduan dalam menghadapi pelbagai asam garam kehidupan sekarang. "Sekurang-kurangnya dengan cara itu, golongan belia tidak hanyut dengan arus kemodenan dan masalah sosial. "Oleh itu, kita perlu sentiasa mendampingi golongan warga emas bukannya menjauhkan diri daripada mereka apatah lagi kita sendiri suatu hari nanti akan melalui usia seumpama itu," katanya. Katanya, seramai 10 warga emas di kampung berkenaan turut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ). Ia sedikit sebanyak membantu golongan berkenaan yang pastinya tidak mampu untuk mencari rezeki kerana kudrat yang terbatas.
| ||
Lampiran | : | Tiada rekod |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013