Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > YPKT Dan Komuniti

YPKT DAERAH BANTU IBU TUNGGAL
Kategori:YPKT Dan Komuniti
 

KAMPUNG TOK PONG - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) Daerah Marang akan melaksanakan program masuk kampung secara berkala bagi membantu golongan ibu tunggal yang kurang berkemampuan  di daerah ini. 

Pegawai YPKT Daerah Marang, Zahari Mat berkata, program berkenaan selari dengan hasrat pihaknya mendekati golongan ibu tunggal, khususnya mereka yang menghadapi masalah.

" Program ini adalah hasil idea daripada Kelab Ibu  Tunggal  (KIT) yang berada di bawah naungan YPKT Daerah Marang.

Kami akan turun padang pada setiap hari Khamis  bagi melawat keluarga ibu tunggal. Melalui lawatan ini, kami akan meninjau perkembangan mereka selain keperluan dan bantuan yang mereka perlukan.

" Lawatan ini penting supaya kami dapat mengurangkan serba sedikit bebanan yang ditanggung ibu tunggal ini, "katanya kepada Sinar Harian.

Menurut  Zahari, untuk malaksanakan program itu, pihaknya akan bergerak mengikut Dewan Undangan Negeri ( DUN ) dan DUN Bukit Payong adalah antara perintis dijayakan YPKT Daerah Marang.

Sebelum itu, Zahari dan rombongan KIT DUN Bukit Payong melawat sebuah keluarga ibu tunggal, iaitu Minah Mohamad, 61, di Kampung Tok Pong.

Minah kini menetap bersama seorang anaknya, Faridah Abdullah, 36 , dan dua orang cucunya yang masih bersekolah.

Dia menghadapi masalah kesihatan yang menyebabkannya sukar untuk bergerak jauh.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada YPKT daerah kerana sudi datang menjenguk kami disini.

"Bantuan yang diberikan ini serba sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami sekeluarga. Saya juga berharap YPKT dapat menjenguk ibu tunggal lain supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih yakin dn ceria,"katanya.

 

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169