Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Sejarah Tercipta di YPKT

PROGRAM E-KASIH BANTU GOLONGAN MISKIN TEGAR
Kategori:Sejarah Tercipta di YPKT
 

BUKIT PAYUNG - Program  e-Kasih yang digerakkan Yayasan Pembangunan Keluarga dilihat sebagai platform terbaik bagi membantu golongan miskin tegar untuk mencari tapak dalam meningkatkan ekonomi keluarga.

Pembantu Pegawai Sosio Ekonomi, YPK bagi Dewan undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Samudin Ali berkata, melalui program itu, setiap mereka yang dikenalpasti akan diberi bantuan modal antara  RM 1,000 sehingga RM8,000.

Menurutnya, bantuan modal itu pula dipelbagaikan, mengikut keperluan peserta seperti mesin jahit, mesin membuat kuih, dapur,motosikal roda tiga dan sebagainya.

Kebanyakan daripada mereka yang dikenalpasti ini sebenarnya kekurangan modal dalam meneruskan perniagaan atau membuka peluang yang lebih baik atau besar.

"Tapi bagi pihak YPK sendiri, kita tidak akan memberi bantuan wang, sebaliknya material dan peralatan yang dilihat dapat membantu mereka untuk terus berkembang dan bertapak dalam menguruskan serta menambahkan sumber pendapatan keluarga," katanya.

Beliau berkata demekian ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Penyerahan Bantuan Motosikal Roda Tiga oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Zaidi Muda di sini, semalam.

Pada majlis itu, Ramli Sulong,51, dari Kampung Kemas yang kini hanya bekerja kampung dengan membersihkan kawasan,terpilih menerima bantuan motosikal roda tiga.

Turut menerima bantuan, seorang penjaja ikan, Ya'akob Yusof, 52, dari Kampung Surau Panjang yang berniaga disekitar Bukit Payong dan Kedai Buloh, serta penjual ayam, Mohd Kamaruddin Ngah,45.

Bagi pemilihan peserta, Samudin berkata, pihaknya memilih peserta yang disenaraikan dalam kategori miskin tegar oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan dan kemudiannya ditapis.

"Mereka yang terpilih pula perlu mempunyai kesungguhan untuk berjaya dan dilihat mampu mengendalikan dan memanfaatkan bantuan yang diberikan kepada mereka,"katanya.  

 

 

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169