Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN

RM 2 JUTA SETAHUN PENUHI KEPERLUAN KESIHATAN RAKYAT
Kategori:MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN
 KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta setahun melalui bantuan Dana Khas dalam aspek kebajikan terutama berkait dengan kesihatan rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, peruntukan tersebut adalah sama setiap tahun dalam tempoh lima tahun bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi. "Dana khas untuk aspek kesihatan diperuntukkan sebanyak RM10 juta dalam tempoh lima tahun bermula 2006 lalu. "Melalui peruntukan tersebut, kita sebenarnya memenuhi keperluan rakyat menerusi bantuan peralatan seperti kaki palsu, kerusi roda, katil, dan ubat-ubatan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Pihaknya akan mengkaji semula peruntukan berkenaan selesai tempoh tersebut sama ada perlu ditambah atau sebaliknya, di samping memastikan peruntukan sedia ada digunakan sebaiknya. Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut menyumbang sebanyak RM100,000 untuk pembangunan bidang kesihatan di negeri ini untuk menampung perbelanjaan Jabatan Kesihatan. "Peruntukan untuk kesihatan negeri tidak banyak kerana Jabatan Kesihatan berhubung secara terus dengan kementerian untuk mendapatkan keperluan dan peralatan di hospital dan peruntukan kerajaan negeri hanya untuk tujuan keraian," katanya. Ketika ditanya sumbangan pihaknya dalam kegawatan ekonomi ketika ini, A Rahman berkata, bidang tugasnya tidak terlibat secara langsung dalam menangani masalah kegawatan. Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya turut bekerjasama dalam memastikan gaya hidup sihat sentiasa diamalkan bagi memastikan penduduk Terengganu lebih proaktif dalam menjana kemajuan negeri. "Apabila sesebuah keluarga sihat, mereka dapat menumpukan usaha menjana ekonomi negeri dan keluarga dengan lebih baik dan di sini peranan kita untuk memastikan mereka sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat," katanya.
Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169