LAMAN UTAMA >
Pengetahuan Agama
10 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI
Kategori | : | Pengetahuan Agama |
Berdasarkan kepada konsep rezeki,Allah s.w.t telah membuka jalan yang seluas-luasnya untuk setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.Berikut adalah 10 amalan untuk dimudahkan rezeki. 1} Mengabdikan diri untuk beribadah Allah s.w.t tidak mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya seperti firman-Nya,"Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kekafifiranmu.Jika tidak melakukannya Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."(Riwayat Ahmad,Tarmizi,Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a) 2} Memperbanyakkan Istighfar Sabda Nabi s.a.w,"Barang siapa memperbanyakkan istigfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."(Riwayat Ahmad,Abu Daud,an-Nasa'i,Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin.Abbas r.a) 3} Sentiasa Mengingati Allah Firman Allah s.w.t,"Orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (surah Ar-Ra'd ayat 28) 4} Mendoakan ibu bapa Nabi Muhammad s.a.w brsabda,"Mendoakan ibu dan bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki.Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya."(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami) 5} Menjalin silaturrahim Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya "(Riwayat Bukhari) 6} Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.Lalu Rasulullah s.a.w bersabda,"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih(dari hadas)nescaya Allah akan memurahkan rezeki."(Diriwayatkan daripada Saiyidina Khalid al-Walid) 7} Bersedekah Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah s.w.t membuka pintu rezeki seseorang itu.Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Zubir bin.al-Awwam,"Hai Zubair,ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,nescaya Allah membanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan,nescaya Allah menyedikitkan baginya."(Riwayat ad-Daruguthni dari Anas r.a) 8} Mengamalkan solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk urusan dunia(aktiviti harian),juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah s.w.t,"Wahai anak Adam,jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang(solat Dhuha),nanti pasti akan aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."(Riwayat al-Hakim dan Tabhrani) 9} Bersyukur kepada Allah Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat Allah s.w.t.Melupainya adalah seperti kufur nikmat yang Allah berikan.Allah s.w.t berfirman,"Demi sesungguhnya!Jika kamu bersyukur ,nescaya Aku tambahi nikmatMu,dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,sesungguhnya azabKu amat keras."(Surah Ibrahim ayat 7) 10} Bertawakal Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,nescaya kamu diberi rezeki seperti burung iaitu,pada pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang."(Riwayat Ahmad,at-Tarmizi,Ibnu Majah,Ibnu Hibban,al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a) Renung2kan dan selamat beramal Moga-moga kita semua sentiasa mendapat rezeki yang melimpah ruah dan hidup diberkati Allah..insyaALLAH | ||
Lampiran | : | Tiada rekod |
Tiada rekod
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
©SUKTRA Terengganu 2011- Hakcipta Terpelihara
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013
Terma Penggunaan | Polisi Privasi | Notis Perundangan | Maklumbalas | Peta LamanTarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013