Kategori | : | UCAPAN |
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DENGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, WISMA DARUL IMAN, 13 JULAI 2008 Assalamualaikum w.b.t Bersyukur kita ke hadrat ALLAH S.W.T kerana mengizinkan kita untuk bersama-sama menjayakan suatu program yang sungguh murni bagi mengukuhkan hubungan yang sedia terjalin melalui suatu Majlis Menandatangani Perjanijan Persefahaman antara Universiti Putra Malaysia dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. YB. Dato', YBhg. Prof., tuan-tuan dan puan-puan, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah ditubuhkan sejak 1987 bagi menangani masalah kemiskinan, perceraian dan kadar kematian bayi yang tinggi serta kadar kesihatan yang rendah di Negeri Terengganu. Masalah yang timbul telah membantutkan pembangunan modal insan negeri Terengganu. Di sinilah peranan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, iaitu untuk meningkatkan keupayaan masyarakat dan negeri dalam melahirkan individu yang berkualiti dan berdaya saing didalam suasana yang penuh mencabar pada hari ini. Sejak 20 tahun yang lalu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah memberi fokus dalam memperbaiki kualiti kehidupan keluarga seawal kelahiran hinggalah ke usia emas dengan berbagai-bagai program yang dirancang bagi meningkatkan kualiti modal insan. Usaha ini telah memberi impak yang besar kepada kemajuan Negeri Terengganu. Maka adalah penting suatu ruang kerjasama yang lebih jelas di wujudkan antara Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan Universiti Putra Universiti Putra Universiti Putra Kerajaan negeri ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha bin R. Abdullah selaku Naib Canselor UPM kerana sudi menyalurkan kepakaran kepada negeri Terengganu melalui persefahaman ini. Oleh kerana Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu mempunyai sasaran yang luas, saya percaya ia akan menjadi "Makmal Sosial" terbaik di Negeri Terengganu suatu ketika nanti. Saya difahamkan Universiti Putra Lain-lain program yang dilaksanakan bersama sebelum ini juga saya yakin telah berjaya memberi manfaat yang begitu berkesan. Saya berharap banyak lagi program dapat dijalankan selepas MOU ini. Seterusnya bagi membantu kita merancang aktiviti yang lebih berkesan pada masa akan datang, mungkin satu kajian tentang keberkesanan program-program yang telah dijalankan boleh dilakukan dan dikemukakan. Sekali lagi saya mewakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha bin R. Abdullah dan Universiti Putra Malaysia kerana telah berusaha mengukuhkan hubungan yang telah sedia terjalin melalui MOU ini. Saya percaya dengan usaha yang bersungguh, hasrat murni kita bersama akan di berkati ALLAH s.w.t. jua. Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pejabat Menteri Besar , 13 Julai 2008 | ||
Lampiran | : | Tiada rekod |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013