|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa | | | | | | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | | | | | | | |
Tiada Aktiviti Direkodkan |
LAMAN UTAMA >
Artikel Syariah
ULUL ALBAB: BAHASA ARAB ASAS SPIRITUAL TAMADUN
Kategori | : | Artikel Syariah |
| | Al-Quran wajib dibaca setiap hari, bahasa yang tidak akan pupus selama-lamanya
HANYA ada satu bahasa di dunia ini yang apabila anda mengucapkan satu huruf daripada 28 hurufnya akan mendapat pahala dan dicucuri rahmat. Hanya ada satu bahasa di dunia ini jika Allah mahu menghapuskan semua bahasa pasti ia akan terselamat. Hanya ada satu bahasa di dunia ini yang wajib digunakan setiap hari oleh setiap manusia Muslim tidak kira suku, bangsa dan latar belakang.
Bahasa yang dimaksudkan ialah bahasa Arab. Anda menyebut huruf alif, lam dan mim ketika membaca al-Quran al-Karim akan mendapat 10 kebaikan bagi setiap satu huruf seperti disabdakan Nabi Muhammad SAW bahawa al-Quran diturunkan sebagai kitab peringatan dan akan sentiasa dipelihara oleh Allah Yang Maha Kuasa seperti ditegaskan dalam ayatnya yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya." (Surah al-Hijr: 9) Dan setiap Muslim diwajibkan sembahyang lima waktu sehari semalam manakala dalam setiap sembahyangnya dia diwajibkan melafazkan perkataan khusus dalam bahasa Arab termasuk Surah al-Fatihah.
Al-Quran adalah 'Kalam Allah yang penuh mukjizat diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril ditulis dalam mushaf, diturunkan secara beransur-ansur, pembacaannya adalah ibadat, bermula dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas'. |
Lampiran | : | Tiada rekod |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"
|