Kategori | : | Berita Mahkamah Syariah |
KUALA TERENGGANU: Pengikut ajaran sesat Ariffin Mohamad atau Ayah Pin, Kamariah Ali, 56, akhirnya ‘lembut hati’ apabila beristighfar tiga kali ketika diminta Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Mohamad Abdullah, semalam. Yang Arif, setakat ini saya sedar dan insaf siapa saya. Saya memohon taubat kepada Allah bagi memberi keampunan terhadap kesilapan kerana saya seorang manusia yang tidak sunyi daripada salah silap,” katanya. Bekas ustazah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir itu didakwa mengikut Seksyen 7 dan 10, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 kerana mengaku bukan Islam yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000, penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan kes itu dilakukan Ketua Pendakwa Syarie negeri, Mustafar Hamzah. Terdahulu, tertuduh berkata berkata, dia tidak perlu berbuat demikian kerana statusnya sebagai seorang Islam terbukti dalam kad pengenalan selain sering mengucap ketika menunaikan solat. “Terserah kepada Tuhan. Itu antara saya dengan Tuhan. Kalau manusia yang ada Tuhan itu adalah pegangannya. Kenapa suruh saya mengucap macam budak-budak. Dalam sembahyang dah mengucap banyak kali. “Saya amal semua yang baik. Islam itu baik. Kalau tak baik bukan Islam. Saya solat lebih lima waktu. Solat sunat pun saya buat. Saya tak nak mengucap sebab yang mengucap itu syahadah Tuhan. Saya tak syahadah Tuhan,” katanya. Pada prosiding sebelah pagi, mahkamah memutuskan Kamariah masih seorang Islam kerana surat akuan bersumpah tertuduh mengisytiharkan diri sebagai bukan Islam ditolak Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Selain itu, Mohamad berkata, tertuduh tiada pembelaan diri dan ikrar hanya dibuat di depan pesuruhjaya sumpah, bukan penghakiman mengikut kaedah fekah iaitu ‘asas sesuatu itu ada hingga dibuktikan tiada’, sama dengan kes tertuduh. “Setakat ini, tiada pembelaan dibuat tertuduh bagi menimbulkan keraguan wujudnya prima facie dalam kes pendakwaan dan mahkamah menyabitkan tertuduh bersalah terhadap dakwaan dikenakan,” katanya. Bagaimanapun, Mohamad menangguhkan hingga 3 Mac ini untuk menjatuhkan hukuman bagi memberi peluang tertuduh membuat pengakuan bertaubat serta insaf kesilapannya sebelum ini. | ||
Lampiran | : | Tiada rekod |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013