LAMAN UTAMA >
MOTIVASI
APA ITU PEMBELAJARAN KENDIRI
Kategori | : | MOTIVASI |
Definisi :
Pembelajaran kendiri bermaksud Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri. Pembelajaran ini melibatkan secara bersemuka dan tidak bersemuka (online).
Pembelajaran kendiri cuma terhad untuk bersamaan 3 hari berkursus sahaja, iaitu 3 kali pembentangan setahun.
Bagi pegawai yang mengikuti kursus yang ditawarkan oleh EPSA, mereka tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan bagi setiap modul. Pegawai yang telah mengikuti dengan jayanya akan diiktiraf menghadiri kursus tertakluk kepada pihak penganjur (INTAN).
Pegawai akan mendaftar pembelajaran kendiri ke dalam sistem sebelum diluluskan oleh Penyelia. Pegawai di peringkat sekurang-kurangnya KPP (Gred52) akan bertindak sebagai Penyelia dan jika tiada, PPKL akan memainkan peranan sebagai penyelia tersebut
Contoh Pembelajaran Kendiri :
Bagi Pembelajaran Kendiri, pegawai perlu membentangkan kepada penyelia masing-masing setelah tamat proses pembelajaran/pembacaan dibuat. (kecuali EPSA)
Satu sesi pembentangan perlu diadakan di peringkat Jabatan, Bahagian, Cawangan atau Seksyen. Seorang pegawai di peringkat sekurang-kurangnya Ketua Penolong Pengarah Gred (KPP) atau Pegawai Pengesah Latihan (PSL) perlu hadir sebagai penyelia. Setiap satu pembentangan diiktiraf sebagai satu hari berkursus.
Penerangan dan pendaftaran pembelajaran kendiri ke dalam sistem latihan JKR boleh merujuk kepada Ketua PPKL Cawangan/ Negeri masing-masing.
| ||
Lampiran | : | Tiada rekod |
Tiada rekod
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
©SUKTRA Terengganu 2011- Hakcipta Terpelihara
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013
Terma Penggunaan | Polisi Privasi | Notis Perundangan | Maklumbalas | Peta LamanTarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013