LAMAN UTAMA >
ARTIKEL
BULUH REBUNG (PENJAGAAN, PENGHASILAN DAN PEMPROSESAN) - ARTIKEL
Kategori | : | ARTIKEL |
Buluh Rebung Madu merupakan tanaman yang semakin dikenali ramai dan penanamannya semakin berkembang. Buluh madu dipercayai berasal dari Thailand (sebagai tanaman hiasan). Penanaman buluh ini dikesan ditanam secara komersial bermula di Perlis dan kini tanaman ini mulai ditanam di Kelantan, Perak, Pahang, Muar dan juga Kuala Berang. Keistimewaaan buluh madu adalah tidak miang, mempunyai rebung yang rasanya lemak manis bagi hidangan pelbagai jenis lauk dan boleh juga dijadikan sebagai tanaman hiasan.
Penjagaan
Buluh rebung ini sangat mudah untuk ditanam dan dijaga. Selain itu juga ia sesuai ditanam di kebanyakkan tanah yang bermasalah. Sifat buluh yang tumbuh meliar membuatkan ia tidak banyak menghadapi serangan musuh perosak.
1 ekar tanah dapat ditanam kira-kira 300 hingga 350 pokok dengan menggunakan jarak tanaman 12 kaki x 12 kaki @ 15 kaki x 20 kaki. Permulaan penanaman adalah perlu diaplikasikan kapur GML+organic+CIRP bagi menggalakkan pertumbuhan akar dan mengurangkan kadar kematian anak benih.
Bagi anak pokok yang baru ditanam, penyiraman perlulah dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari berterusan selama seminggu bagi mengelak pokok daripada mati kekurangan air. Ini adalah perlu bagi mengelakkan anak pokok stress dalam penyesuaian tanah baru.Bagi pucuk yang tumbuh aktif perlu di cantas bagi menggalakkan pertumbuhan tunas baru.
Rebung dibiarkan tumbuh terlebih dahulu sekitar 5-7 batang bagi satu rumpun sebelum hasil pertama dituai. Rebung buluh madu boleh dituai sekitar 8 bulan -1 tahun bergantung kepada cara penjagaannya. Kadar pertumbuhan rebung adalah sangat cepat dan melalui hasil pemerhatian saya bersama usahawan, rebung madu tumbuh kira-kira 3-6 inci dalam masa 24 jam. Manakala bagi program pembajaan, adalah disyorkan menggunakan baja NPK Hijau 15:15:15 dan juga Organik setiap 3 bulan sekali.
Buluh madu perlu dicuci (pangkas) bagi mengelak pokok menjadi terlalu besar, tinggi dan terlalu banyak dalam satu rumpun bagi mengelakkan peningkatan kos pembajaan. Selain itu juga, faktor pemakanan dan air yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan rebung yang dihasilkan kurang bermutu dan kecil.
Rebung madu boleh dituai apabila telah mencapai ketinggian 0.8 - 1 meter dan potensi hasil bagi setiap rumpun adalah kira-kira 2 kg rebung /bulan.
Hasil Rebung Buluh Madu
Rebung yang dituai perlu diproses segera bagi menjaga kualitinya. Umumnya perlu diketahui bahawa rebung segar cepat berlaku pengoksidaan dan perlu dimasak segera atau dijerukkan. Harga bagi penjualan buluh rebung adalah sekitar RM3 –RM 7 sekilogram bergantung kepada tempat jualan.
Rebung amat popular dikalangan tukang masak samaada di kedai makan atau suri rumah sebagai bahan dalam masakan seperti gulai masak lemak cilia api, gulai daging, masak pedas, goreng tepung, kerepek, daging salai, masak kari dan lain-lain. Perlu juga diketahui bahawa rebung madu mempunyai pelbagai khasiat, karbohidrat, antioksida, pelbagai vitamin dan mineral
Bagi usahawan Buluh Rebung Madu, Karim Derani memaklumkan bahawa permintaan rebung amat menggalakkan dan kini beliau dapat mengeluarkan kira-kira 60 kg rebung sehari dengan pendapatan kasar Rm 180/hari.
| ||
Lampiran | : | Tiada rekod |
Tiada rekod
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
©SUKTRA Terengganu 2011- Hakcipta Terpelihara
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013
Terma Penggunaan | Polisi Privasi | Notis Perundangan | Maklumbalas | Peta LamanTarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013