|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa | | | | | | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | | | | | | | |
Tiada Aktiviti Direkodkan |
LAMAN UTAMA >
KEWANGAN
TUNTUTAN INSURANS BENCANA ALAM PINJAMAN PERUMAHAN
Kategori | : | KEWANGAN |
| | KEMENTERIAN Kewangan menasihatkan mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor yang terdiri daripada penjawat awam yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan supaya mengemukakan tuntutan insurans bencana alam dari panel insurans masing-masing.
Tuntutan insurans boleh meliputi perkara berikut:
i) Kerosakan struktur bangunan (seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya)
ii) Pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir
iii) Tangki air pecah
iv) Kecederaan orang awam (pihak ketiga) akibat kemalangan di dalam rumah
v) Perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami
Mangsa berkenaan boleh membuat tuntutan dengan menghubungi syarikat insurans yang sedia memberikan perkhidmatan masing-masing.
Sehubungan itu, BPP berharap mangsa yang berkenaan segera mengemukakan tuntutan untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan.
Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang http://bpp.treasury.gov.my dan meja bantuan banjir di talian 03-8880 2121. - Bernama
Sumber: Sinar Harian |
Lampiran | : | Tiada rekod |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"
|