Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Politik

WAJAH BAHARU PEMUDA, PUTERI NEGERI
Kategori:Politik
 

KUALA TERENGGANU 13 Okt. - Proses pemilihan kepemimpinan bagi tiga sayap UMNO di lapan bahagian di negeri berjalan lancar dengan menyaksikan perubahan menyeluruh barisan Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri.

Peralihan yang banyak berasaskan kekosongan ekoran penyandang sedia ada telah melebihi had umur memberi ruang lebih luas kepada penawaran untuk memberikan nafas baru kepada sayap yang menuntut peranan lebih besar dan berkesan pada masa depan.

Bagi Pergerakan Pemuda, hanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd. Iskandar Jaafar mengambil alih di Setiu manakala Pegawai Khas ADUN Jertih, Azizul Jasmi Mohamad di Besut dengan kemenangan tanpa bertanding.

Selebihnya berlaku persaingan satu lawan satu termasuk di Kemaman yang dimenangi Ahmad Fikry Ibrahim, Marang (Jasmira Othman), Dungun (Mohd. Asri Mohamad) dan juga di Hulu Terengganu manakala tiga penjuru di Kuala Terengganu yang dimenangi oleh Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris dan empat penjuru di Kuala Nerus (Khairuddin Mohamad @ Abdul Majid).

Bagi pemilihan Ketua Puteri, tiga calon iaitu di bahagian Kuala Nerus (Zuraiha Shariza Embong), Marang (Laila Mat Daud) di samping Hulu Terengganu (Rozita Ismail) menang tanpa bertanding.

Asfalinda Anuar, calon tunggal yang cuba mempertahankan jawatan di Kemaman tewas kepada Shaheda Yusof manakala di Besut, Erni Esalwani mengambil tempat, Setiu (Nur Fuzilawati Yusof), Dungun (Arlina Rosli) dan Kuala Terengganu (Nia Notieya Zaharuddin).

Wanita UMNO pula memperlihatkan pertukaran Ketua di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu setelah penyandang sedia ada tidak lagi mempertahankan jawatan dengan Norhayati Ismail dan Rozalina Mokhtar mengambil tempat dengan menewaskan pencabar masing-masing.

Begitu juga di Setiu, Wan Nasiah Wan Abdul Majid menewaskan penyandang, Wan Fatimah@Wan Maznah Nong manakala di Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamad kekal tanpa bertanding bersama dengan Engku Naimah Engku Taib (Besut) dan Senator Toh Puan Zaiton Mat Amin (Marang).

Di Dungun pula, Zainun Abu Bakar mempertahankan jawatan setelah menewaskan pencabarnya, Rukiah Talib manakala Senator Rohani Abdullah kekal di Kemaman.

Seramai 13,756 perwakilan daripada 1,019 cawangan meliputi Wanita (5,098), Pemuda (4,927) dan Puteri (3,731) membuat penentuan pemimpin pilihan masing-masing semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri, Datuk Muda Mamat berkata, secara keseluruhannya 48 calon menang tanpa bertanding bagi kesemua jawatan utama termasuk pengerusi dan timbalan pengerusi ketiga-tiga sayap.

Sumber: Utusan Malaysia

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169