Kategori | : | Politik |
PUTRAJAYA 8 Okt. - Kerajaan bersetuju melantik seorang wakil daripada golongan orang kurang upaya (OKU) sebagai Senator bagi memastikan kesinambungan wakil golongan tersebut di Dewan Negara. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, senarai beberapa calon daripada kalangan OKU sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan. Beliau berkata, perkara itu sudah diluluskan dan wakil OKU yang dipilih akan mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dalam masa terdekat. "Pelantikan itu sudah diluluskan dan kini menunggu diumumkan. Kementerian berharap dengan adanya wakil daripada OKU di Dewan Negara, masalah dan pandangan golongan itu dapat disalurkan kepada kerajaan dengan lebih baik lagi. "Golongan OKU ini banyak kategori, nama-nama yang dihantar kepada Perdana Menteri mempunyai kelebihan masing-masing dan diyakini mampu memberi pandangan dan menghadiri sidang Dewan Negara," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. Sumber: Utusan Malaysia | ||
Lampiran | : | Tiada rekod |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013