LAMAN UTAMA >
ARTIKEL
PAU RAHIMAH MEMIKAT CITARASA
Kategori | : | ARTIKEL |
Kuala Terengganu- Dengan berbekalkan wang simpanan yang berjumlah RM2,000.00, Puan Rahimah Sulong,50 mengambil keputusan yang berani dengan menceburi bidang perniagaan yang menghasilkan pau akhirnya membuahkan hasil apabila hasil jualannya mencecah RM5,000 sebulan. Bermula hanya tiga kilogram gandum seharipada peringkat awalnya,kini Puan Rahimah mampu untuk menghabiskan 100 kg gandum sehari dengan permintaan yang tinggi dari pelanggan sehingga mencecah 5,000 biji pau sehari dengan bantuan tujuh orang saudara. Kegigihan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Puan Rahimah mendapat perhatian Jabatan Pertanian Negeri Terengganu untuk memberikan bantuan bagi memperluaskan perniagaannya lagi. Jabatan Pertanian Negeri Terengganu telah menyumbangkan sebuah bengkel bernilai RM30,000.00 serta bantuan peralatan seperti dua mesin pengadun, satu pemanas dan pengukus yang mampu untuk menghasilkan pau dalam kapisiti yang lebih besar dengan rasa dan mutu yang lebih berkualiti.
Produk Pau Rahimah ini boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti kacang,daging,ayam,kelapa,sardine dan kaya dengan harga anatar RM 0.40 hingga RM 0.70 sebiji di sekitar Kuala Terengganu. | ||
Lampiran | : |
Tiada rekod
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
©SUKTRA Terengganu 2011- Hakcipta Terpelihara
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013
Terma Penggunaan | Polisi Privasi | Notis Perundangan | Maklumbalas | Peta LamanTarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013