Kategori | : | AKTIVITI AKAN DATANG | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
The Japan Foundation Kuala Lumpur (Yayasan Jepun Kuala Lumpur) akan membawakan “FESTIVAL MINI KEBUDAYAAN JEPUN” khas ke Terengganu selama 3 hari Marilah hadir beramai-ramai ke “Festival Mini Kebudayaan Jepun” di Terengganu yang telah dibawakan khas oleh The Japan Foundation Kuala Lumpur (Yayasan Jepun Kuala Lumpur) dengan kerjasama Muzium Negeri Terengganu. Melalui festival ini, diharap dapat menarik minat para pengunjung daripada pelbagai kaum dan umur terutama yang berada disekitar Terengganu untuk mengenali budaya Jepun. Terdapat pelbagai aktiviti kebudayaan Jepun yang telah kami sediakan untuk para pengunjung seperti demonstrasi Yukata (Kimono musim panas), bengkel Origami (Seni Lipatan Kertas), pelajaran Bahasa Jepun, tayangan filem bahasa Jepun and pelbagai lagi aktiviti menarik yang menanti. Kemasukkan adalah percuma dan anda dijemput hadir bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Jumpa anda disana! Di anjurkan oleh:
Di anjurkan dengan kerjasama:
Tarikh : 30 Jun, 1 & 2 Julai 2012 Tempat: Muzium Negeri Terengganu Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu Kemasukkan: Percuma (Terbuka kepada orang awam) Untuk maklumat lanjut sila layari (laman web JFKL) http://www.jfkl.org.my/ atau (Laman web Muzium Negeri Terengganu) http://museum.terengganu.gov.my/ / (hubungi Muzium Negeri Terengganu) di talian: 09-622 1444
Aturcara
Mengenai The Japan Foundation Kuala Lumpur (Yayasan Jepun Kuala Lumpur)
The Japan Foundation, Kuala Lumpur (Yaysan Jepun Kuala Lumpur) telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1989. Semenjak ditubuhkan banyak program dan aktiviti telah dijalankan untuk mempromosikan “Arts and Cultural Exchange” “Japanese-Language education”, dan juga “Japanese Studies” di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai The Japan Foundation, Kuala Lumpur sila hubungi kami ditalian 03-22846228, atau e-mail aini.jfkl@gmail.com or log on to http://www.jfkl.org.my/
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lampiran | : | Tiada rekod |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013