Kategori | : | Keratan Akhbar |
(Utusan Malaysia 20 April 2006) Menurut beliau, hal ini membuktikan keyakinan Majlis Agama Negeri terhadap keupayaan Pos Malaysia membantu memantapkan lagi kutipan zakat. “ Pelanggan akan mendapat lebih kemudahan dalam menangani urusan zakat mereka melalui pejabat-pejabat pos berdekatan, “ katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Menandatangani Perjanjian Pos Malaysia Berhad dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) di Primula Beach Resort di sini, semalam. Pada majlis itu, Pos Malaysia diwakili oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ikmal Hijaz Hashim dan Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Abu Huraira Abu Yazib. Sementara itu, MAIDAM pula diwakili oleh Datuk Alwi Muhamad dan Ketua Penolong Setiausaha Baitulmal, Johan Ibrahim. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Islam Hadhari dan Kebajikan Negeri, Datuk Rosol Wahid. Menurut Adam, berdasarkan rekod jumlah kutipan zakat di negeri-negeri yang melantik Pos Malaysia Berhad sebagai ejen, kutipan zakat meningkat dari setahun ke setahun. Beliau memberitahu, pada masa ini hanya dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak yang masih belum menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. Sementara itu, Alwi berharap dengan kemudahan melalui pembayaran zakat di 26 pejabat pos di negeri ini dapat meningkatkan kutipan zakat di Terengganu pada tahun ini. Menurur beliau, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sebanyak RM8 juta zakat harta dan perniagaan telah dikutip dan MAIDAM menjangka lebih RM40 juta akan diperoleh sehingga akhir tahun ini. | ||
Lampiran | : | Tiada rekod |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013