Kategori | : | ARTIKEL |
Kuala Terengganu- Dalam usaha meningkatkan hasil tanaman, Jabatan Pertanian melalui Pusat Pembangunan Pertanian Gong Pauh, telah memberi bantuan kepada 16 orang peserta projek berkelompok sayuran di Kampung Che Long iaitu jenetra membajak tanah dan dua traktor dua roda yang bernilai RM20,000.00. Menurut Ketua Pusat PPP Gong Pauh,Puan Che Ku Rafah Che Ku Abdullah, keprihatian pihak kerajaan melalui pejabat pertanian daerah adalah mahu mengingkatkan hasil pertanian dan pendapatan peserta dari masa ke semasa selain untuk menyuntik semangat kepada peserta. Selain bantuan jentera, bimbingan dan latihan dari semasa ke semasa turut diberikan dalam meningkatkan produktiviti serta pendapatan mereka. Antara tanaman yang diusahakan adalah tanaman sayur salad, bendi dan kangkung dengan keluasan kawasan berjumlah enam hektar. | ||
Lampiran | : |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013