Kategori | : | ARTIKEL |
Kuala Terengganu- Setelah hampir tiga bulan ditutup,Taman Pertanian Negeri Sekayu (TPNS) dibuka semula sejak minggu lalu selepas kerja pembaikan selesai dijalankan. Dua kolam yang terdapat di TPNS telah seselasi dibersihkan kesan banjir tahun lalu. Namun demikian, menurut Ketua Bahagian Perancangan dan Penilaian,Encik Abdullah bin Daud, tempet untuk bermain gelungsur di sebuah kolam tidak dapat digunakan lagi kerana masih dalam pembaikan. Mengulas lanjut mengenai laporan yang telah dilakukan dua minggu sebelum ini mengenai keluhan orang ramai dan peniaga di sekitar kawasan berkelah, Abdullah berkata tindakan ini diambil untuk membuat kerja penyelenggaraan demi keselamatan pengunjung dan orang ramai. Selain itu juga Jabatan Pertanian Negeri bercadang akan membina satu buah lagi kolam mandi yang dianggarkan kos sebnayak RM 100,000 tahun ini selain mempunyai kolam mandi serta chalet untuk penginapan serta kawasan taman herba dan dusun buah-buahan. | ||
Lampiran | : |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013